ADUN Slim Dakwa Senarai AJK Masjid Ditukar
IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak kawasan Slim, Datuk Khusairi Abdul Talib hari ini mendakwa Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) menukar senarai jawatankuasa beberapa masjid di negeri itu dengan memasukkan nama penyokong Pas.
"Perbuatan ini adalah tidak beretika dan membelakangkan senarai yang telah diperkenankan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah ," katanya.
Beliau berkata, antara masjid dalam Mukim Slim yang dikesan terlibat adalah Masjid Sultan Idris Shah II, Masjid Kampung Kelan, Masjid Jamek Kampung Kuala Slim, Masjid Jamek Slim Village, Masjid Jamek Kampung Balun, Masjid Jamek Kampung Pasir dan Masjid Jamek Kampung Rasau manakala dalam Mukim Hulu Bernam pula, ia melibatkan Masjid Behrang 2020, Masjid Jamek Tanjung Malim, Masjid Jamek Kampung Sungai Dara dan Masjid Jamek Behrang Stesen.[ lagi ]
0 comments:
Post a Comment