Rakan WARTAMAYA

Tuesday, November 3, 2009

Khalid Samad ada rekod jenayah?


Ahli parlimen Shah Alam tersepit apabila didakwa mempunyai "rekod jenayah" tetapi sehingga kini gagal mendapatkan penjelasan polis berkenaan perbuatan jenayah yang telah dilakukannya.

Akibat "rekod jenayah" beliau itu, Khalid Samad tidak diberikan tauliah menyampaikan kuliah agama di Selangor walaupun beliau mendapat kelulusan awal daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Dalam surat jabatan itu bertarikh 10 Julai 2008, pemimpin PAS itu diberikan tauliah mengikut kategori-kategori D1 (boleh mengajar atau berceramah) dan D2 (mengajar fardhu ain atau berkitab).
- + selanjutnya
Share/Bookmark

5 comments:

Anonymous,  November 3, 2009 at 3:24 PM  

Nak ceramah agama kena permit polis???

Anonymous,  November 3, 2009 at 3:39 PM  

Besaq sungguh kuasa polis dalam era najib altantuya dan sepupunya wak keris tu.

Lama-lama nanti nak baca khutbah pun polis beri tauliah.Lepas ni ramailah polis dapat tauliah mengajar agama kat surau dan masjid-masjid, aman negara ni.

Anonymous,  November 3, 2009 at 4:27 PM  

sebab tak sokong kumpulan kerajaan perpaduan agaknya???

Anonymous,  November 3, 2009 at 4:40 PM  

JAIS dah macam UG sokong UMNO, jadi musuh penyokong TGNA..

azmie,  November 3, 2009 at 9:00 PM  

record speed trap kot, tak pun parking

Blog list