AS terpaksa iktiraf Karzai
KEPEMIMPINAN Presiden Hamid Karzai lemah. Kerajaannya rasuah. Hampir sepertiga undi yang dimenanginya pada pilihan raya Ogos lalu tidak dikira kerana didakwa palsu.
Tetapi, akhirnya, pentadbiran Presiden Barack Obama mungkin terpaksa mengiktiraf Presiden Afghanistan itu kerana tidak ada pilihan lain.
Amerika Syarikat mengharapkan kemunculan pemimpin baru yang lebih berwibawa daripada Hamid menerusi pilihan raya itu. Washington dan sekutu Baratnya menaruh harapan negara itu akan lebih stabil untuk membolehkannya menentang Taliban apabila ada pemimpin baru muncul.
Tetapi harapan itu berakhir Ahad lalu ketika perang dengan Taliban semakin meningkat. Pencabar Hamid, Abdullah Abdullah menarik diri enam hari sebelum pilihan raya pusingan kedua berlangsung dengan mendakwa pilihan raya yang adil tidak mungkin dapat diadakan. - + selanjutnya
Ini macam pun jadi ..
1 comments:
macam British terpaksa beri kemerdekaan kepada UMNO sebab tentangan umat islam semakin meningkat...
Post a Comment