Pengarah Gajahtakraw dipenjara
ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi di sini semalam, menjatuh hukuman penjara lima hari ke atas pengarah syarikat pembuat bola takraw selepas didapati bersalah kerana melanggar perintah mahkamah melarangnya menjual, menyimpan dan mengedarkan bola takraw plastik yang mencabuli hak paten produk sama buatan Fortune Pacific Engineering Co Ltd (Fortune Pacific) di Thailand.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Hoo Moi Ching, menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati tertuduh, Lim Choo Hwa yang juga Pengarah Gajahtakraw Industries Sdn Bhd (Gajahtakraw) melanggar perintah persetujuan yang dikeluarkan mahkamah berhubung perkara itu pada 6 Mac 2007.
Pada 2003, Fortune Pacific memfailkan kes itu yang mendakwa Gajahtakraw mencabuli hak paten bola takraw plastik keluaran syarikatnya. - + selanjutnya

0 comments:
Post a Comment