Rakan WARTAMAYA

Tuesday, October 27, 2009

Langkah terakhir Nik Aziz untuk selamatkan PAS


[...] Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat adalah penentang utama kepada idea-idea penubuhan kepada kerajaan perpaduan diantara PAS dan Umno.

Idea ini adalah kesinambungan daripada apa yang berlaku selepas PRU 1999. Idea ini timbul kembali selepas PRU 2008. Malahan watak-watak yang terlibat selepas PRU 1999 turut memainkan peranan besar pada ketika ini.

Nik Aziz yang telah berada dalam PAS sewaktu parti tersebut menyertai Barisan Nasional selepas 13 Mei 1969 dahulu tahu akan permainan atau “trick lama” ini. Sudah pastilah beliau tidak mahu pisang berbuah dua kali. Sebab itulah beliau menentang keras cadangan untuk “berpadu” dengan Umno.

Beliau lebih percaya PAS mempunyai masa depan yang cerah bersama Pakatan Rakyat berbanding bekerjasama dengan Umno.

Terbaru Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS mencadangkan agar muktamar khas diadakan oleh parti tersebut untuk membincangkan mengenai pemimpin-pemimpin yang bermasalah termasuk presidennya, Abdul Hadi Awang.- + selanjutnya
Share/Bookmark

2 comments:

Anonymous,  October 27, 2009 at 8:58 PM  

Pukulan maut TGNA, menyebabkan pimpinan pro UG dan UMNO mula berundur keposisi asal.

Anonymous,  October 27, 2009 at 8:59 PM  

TGNA lebih ikhlas berpolitik berbanding pimpinan pas yang lain

Blog list