Rakan WARTAMAYA

Sunday, October 18, 2009

Khalid: Isu Sekat Peruntukan, Umno perlu ambil tindakan pada Shukor


Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menasihati kepimpinan Umno supaya mengambil tindakan terhadap Ketua Peneranngan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus terhadap gesaan yang dibuat dalam Persidangan Agung Umno ke-60. Menurutnya kenyataan Abdul Shukor itu jelas membuktikan Umno melanggar perlembagaan yang termaktub bahawa kerajaan Persekutuan mesti menyalurkan pendapatannya kepada semua kerajaan negeri.

Sehubungan itu beliau menyarankan supaya Umno mempelajari Perlembagaan Malaysia yang menetapkan terdapatnya hubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan. “Ini bererti Umno sekarang melanggar perlembagaan Persekutuan. Saya nasihatkan supaya pemimpin-pemimpin Umno sekarang yang jadi menteri displinkan mereka yang bertanggugjawab supaya tidak membuat kenyataan sebegitu," kata Khalid. “Bila persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia ditubuhkan, Perlembagaan dengan jelas menyatakan tugas kerajaan Persekutuan adalah untuk menyalurkan wang-wang bagi pembangunan negeri-negeri melalui negeri.- + selanjutnya
Share/Bookmark

1 comments:

Anonymous,  October 19, 2009 at 8:02 AM  

memang barua perangai puak puak amno ni

Blog list