Rakan WARTAMAYA

Saturday, October 3, 2009

Jangan keluar kata provokasi, kesat


[...] Ujarnya, beliau terpaksa memberi ingatan itu kerana SPR mahu perjalanan pilihan raya kecil kali ini bersih dan tidak dicemari perkara-perkara yang tidak diingini.

''Para pemimpin parti politik harus memainkan peranan yang sewajarnya. Dalam keadaan pilihan raya seperti ini, mereka sepatutnya menasihatkan anak buah masing-masing supaya mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan oleh SPR dan polis.

''Mereka perlu mengelakkan diri daripada membuat kenyataan berbentuk provokasi kerana kesannya amat buruk. SPR sebenarnya ada pengalaman di Pilihan Raya Kecil DUN Permatang Pasir yang mana terdapat salah seorang ahli parti mengucapkan kata-kata berbentuk provokasi selepas proses penamaan calon akibatnya timbul kekecohan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melawat pusat penamaan calon di dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) di sini hari ini.- + selanjutnya

Share/Bookmark

0 comments:

Blog list