Rakan WARTAMAYA

Saturday, October 3, 2009

DNA orang lain kerana meja bedah tak dicuci


SHAH ALAM: DNA atau asid deoksiribonukleik lelaki misteri yang dijumpai pada blazer dan tali pinggang Teoh Beng Hock adalah milik lelaki yang meninggal dan dibedah siasat pada hari sama dengan Teoh di bilik bedah Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang pada 17 Julai lalu.

Ahli Kimia Forensik, Dr Seah Lay Hong memberitahu Mahkamah Koroner, DNA itu mempunyai padanan sehingga 99.9 peratus dengan M Gopala yang terbunuh dalam kemalangan motosikal.

“Berdasarkan hasil siasatan kali ketiga itu, saya mempercayai DNA itu diperoleh berikutan penggunaan meja bedah siasat yang sama dan tidak dicuci menggunakan sterillizer (pembasmi kuman),” katanya. - + selanjutnya

Share/Bookmark

1 comments:

Yong October 3, 2009 at 4:31 PM  

Jawapan paling bodoh. Takde SOP dalam kerje bedah-membedah Lain kali cakap je DNA tu datang dari peluh doktor bedah yang menitik. Heheheh.

Blog list