Rakan WARTAMAYA

Monday, September 14, 2009

WANG berlegar antara syarikat Tiong

Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sarat dengan misteri. Pada Disember tahun 1997, Tiong King Sing telah membeli sebahagian saham Pacific Chemicals Sdn Bhd daripada Nova Atlantic Sdn Bhd yang dikuasai Ting Pek Khiing, tycoon Cina Sarawak yang terkemuka.

Tiong (gambar kiri) kemudian membeli sepenuhnya saham Pacific Chemicals pada tahun 1999, dan menukar nama syarikat tersebut kepada Wijaya Baru Global pada tahun 2000.

Pada masa yang sama, setelah kabinet mengumumkan kelulusan projek PKFZ pada tahun 1999, Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) yang dilantik Lembaga Pelabuhan Klang sebagai turkey developer, mengumumkan Wijaya Baru Sdn Bhd sebagai kontraktor utama PKFZ, dan Wijaya Baru Global sebagai sub-kontraktor. Kontraktor bertanggungjawab kepada pembinaan infrastruktur dan pembangunan. Jelas, wang PKFZ telah mengalir dari kocek kiri ke kocek kanan, memasuki akaun Wijaya Baru Global.

Menurut Laporan Tahunan Wijaya Baru Global tahun 2006, keuntungan sebelum cukai syarikat tersebut telah bertambah sebanyak RM 10,576,000. Daripada angka tersebut, WBSB telah menyumbang sebanyak RM19,342,000 yang kebanyakannya dari projek PKFZ. Selain daripada itu, Laporan Tahunan 2003 menunjukkan daripada keuntungan RM 54,480,000 (sebelum cukai), penjualan tapak tanah Pulau Indah kepada PKFZ merupakan penyumbang utama. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list