Usah biarkan pahala Ramadan terelai di Bagan Pinang
MALAM tadi beberapa jemaah masjid meluahkan perasaan di antara mereka. Hanya tinggal dua malam lagi solat tarawih dapat diadakan, ujar seorang daripada mereka. Katanya, selepas itu Ramadan akan pergi meninggal kita.
"Tahun hadapan belum tentu dapat bersolat tarawih lagi," ujarnya. Beberapa maklum lagi juga agak kusam wajahnya. Program tadarus yang mereka amalkan sejak malam pertama Ramadan lalu juga bakal berakhir.
Kumpulan tadarus juga bimbang program sama tidak dapat diikuti lagi tahun depan.
Inilah kebimbangan sempat dicatat di hujung Ramadan ini. Sedangkan di Bagan Pinang, Negeri Sembilan penduduk sudah berkira menanti durian runtuh menjelang 11 Oktober depan.
Umpan wang ringgit dan projek segera pastinya datang mencurah-curah. - + selanjutnya
![]()
0 comments:
Post a Comment