Rakan WARTAMAYA

Wednesday, September 16, 2009

Tanah diserah kepada pemaju

SELAYANG 14 Sept. - "Kami disuruh memohon tanah ini tetapi ternyata itu sekadar kata-kata untuk menyedapkan hati penduduk kerana akhirnya tanah itu diberikan kepada sebuah syarikat."

Itulah luahan penduduk sekitar Jalan 1, Bandar Baru Selayang, di sini, terhadap keputusan Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Gombak yang meluluskan tanah di Lot 10875 untuk Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan sebuah syarikat.

Mereka membantah sekeras-kerasnya pemberian hak milik tanah itu atas alasan mereka terlebih dahulu memohon tanah tersebut iaitu sejak 12 tahun lalu.

"Harapan penduduk untuk mendapatkan tanah itu berkecai kerana 'dirampas' dengan mudah oleh syarikat itu sedangkan kami sudah lama memohonnya," kata penduduk di situ. - + selanjutnya

Aduhai ... kena lagi !
He he he ...
Lagi lagi projek cuci najis ....
Lembu sudah pergi, najis ada lagi .. he he he
Share/Bookmark

1 comments:

Anonymous,  September 16, 2009 at 11:28 AM  

kalau pakatan perintah malaysia, lagi banyak jumpa termasuk kapal selam...

Blog list