'Saya tidak sembunyi apa-apa' - Khir
Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berkata, beliau memberikan kerjasama penuh terhadap siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin kerana tidak berniat menyembunyikan sesuatu.
"Saya sudah berikan kerjasama penuh. Saya berikan bil-bil yang diminta," katanya kepada Malaysiakini hari ini.
"Saya tiada apa hendak disembunyikan. Dan ini bukan kali pertama saya dipanggil. (Tetapi) sudah empat, lima kali."
Ketua pembangkang Selangor itu diminta mengulas siasatan SPRM selama enam jam terhadapnya, yang lawatan beliau bersama Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) ke Maghribi pada 2004 dan isu pembinaan banglo mewahnya di Seksyen 7 Shah Alam yang menjadi kontroversi Julai lalu. - mkini

0 comments:
Post a Comment