Rakan WARTAMAYA

Thursday, September 17, 2009

Pemuda BN dekati pengundi India di Bagan Pinang

KOTA BHARU 16 Sept. – Pemuda Barisan Nasional (BN) akan terus mendekati pengundi India pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang walaupun MIC tidak sempat untuk mempersiapkan jentera mereka menjelang hari penamaan calon nanti.

Naib Ketua Pemuda BN, Datuk Razali Ibrahim berkata, sekiranya parti itu tidak dapat membantu, pihaknya akan menggunakan jentera Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) dan Parti Progresif Penduduk (PPP) bersama UMNO serta parti-parti lain untuk berkempen pada pilihan raya kecil berkenaan.

Beliau berkata, Pemuda UMNO akan terus mencari rakan kongsi yang sanggup menghadapi cabaran bersama dan bukannya rakan yang hanya pandai menuduh untuk mendapat kepentingan peribadi. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list