Mukhriz kecewa, terkejut
KUALA LUMPUR 14 Sept. - Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir melahirkan rasa kecewa dan terkejut dengan cadangan perwakilan MIC untuk meletakkan kalungan selipar pada gambar bapanya.
Beliau mengakui marah dengan kenyataan itu yang dianggapnya mengguris perasaan serta dilihat tidak menghargai jasa ayahandanya sepanjang menjadi Perdana Menteri sebelum ini.
''Bagaimanapun saya masih dapat muhasabahkan diri kerana menganggap ia bukan mewakili pendirian majoriti perwakilan MIC.
''Ia mungkin kenyataan daripada seorang individu yang terlalu tinggi emosinya dan saya masih lega walaupun di hati ini masih rasa terkilan,'' katanya yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. - + selanjutnya
Nasib baik bukan kepala lembu ...
![]()
0 comments:
Post a Comment