Rakan WARTAMAYA

Thursday, September 24, 2009

Jafar lari lintang pukang



Rumah Mahat sekali lagi dipecah masuk malam tadi. Kalau masuk kali ini, rumah nya sudah 3 kali di pecah masuk sehingga Mahat rugi beribu ribu ringgit.

Tapi kali ini Mahat sudah tidak dapat bersabar lagi. Dia pusing keliling kampong untuk mencari siapakah sebenarnya pencuri yang terlalu rajin merompak rumahnya.

Sampai la Mahat di rumah Jafar yang sedang duduk di atas tangga. Kelihatan Jafar di dalam keadaan hanya berkain dan tidak berbaju sedang mengibas ngibas tubuhnya dengan surat khabar kerana cuaca yang panas.

Lalu Mahat pun memberikan salam kepada Jafar,” Assalamualaikum Wahai Jafar”

“Waalaikum Salam Mahat ! .. Apahai hang mai ni?”, Tanya Jafar dengan loghat Utaranya.


“Dak aiii .. aku saja nak Tanya hang. Malam tadi rumah aku kena rompak sekali lagi. Hang tau ka apa apa cerita pasai tu?”, Tanya Mahat.


“Alahai .. aku dah tau. Malam tadi aku lalu depan rumah hang. Aku Nampak sangat siapa yang pecah ghumah hang tu”, kata Mahat lagi.

“Siapa tu Jafar?”, Tanya Mahat dengan penuh minat.

“Alahhhh .. anak si Lan Gendut tu”, kata Jafar sambil mengesat peluh yang berada di celah ketiak.

“Betul ke? Hang Nampak ka?”, Tanya Mahat lagi.

“Confirm la .. aku tak tipu hang. Gambaq video pun aku ada”, jelas Jafar.

“Kalau gitu, mai kita gi ghumah penghulu. Aku nak adu pada dia”, kata Mahat.

“Tunggu sat .. aku pakai baju”, kata Jafar.

Selepas bersiap, mereka pun pergi la bersama sama ke rumah Tok Pengulu. Belum pun sampai ke rumah, mereka bertemu Tok pengulu di tengah jalan.


“Salam Tok .. kami ni nak jumpa Tok sebab nak bagi tau, rumah saya di pecah masuk malam”, kata Mahat.

“Aku tau, tapi hang tau ka sapa yang rompak ghumah hang?”, Tanya Tok pengulu.

“Tau Tok … Anak si Lan Gendut Tok,” jelas Mahat.

Ditanya lagi oleh Tok Penghulu, “Siapa saksi kejadian?”.

“Jafar Tok”, sambil Mahat tuding jari pada Jafar.

“Ahh .. kalau gitu kita suruh polis tangkap Jafar”, kata Tok Pengulu.

“Apesai pulak Tok?”, Tanya Mahat pelik.

Jawab Tok Pengulu, “Memang dah macam tu undang undangnya. Hang tak tau ka?”

Mahat mendengar penjelasan dari Tok Penghulu sambil melopong mulut. Dalam pada itu, Jafar dah lari lintang pukang kerana takut di tangkap.
Share/Bookmark

2 comments:

Anonymous,  September 24, 2009 at 5:59 PM  

Aku rasa Tok Penghulu tu pun patut kena pelangkong kepalanya.

Muahahaha.

Blog list