Bagan Pinang: SPR jamin tiada pengundi hantu

PUTRAJAYA 14 Sept. — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan tidak akan berlaku sebarang pertambahan undi sesuka hati atau undi hantu dalam undi pos pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.
Jaminan itu diberikan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memandangkan proses undi pos dijalankan dengan kawalan ketat dan mengikut prosedur yang ditetapkan.
“Peti undi pos itu akan kita pateri dan ditandangani di atasnya oleh pihak iaitu SPR dan wakil daripada ejen parti yang bertanding.
“Beg itu dipateri, kalau dibuka. Tandatangan nak dibuka macam mana lagi...Kalau ada masuk benda lain, mesti tahu punya. Tak boleh tipu. Kali ini pergi tengok dan diperhati dengan betul. kemudian anda bagi tahu saya, di mana tempat dia boleh tipu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - + selanjutnya
Tak payah undi hantu, undi pos pun dah cukup. He he he
![]()
0 comments:
Post a Comment