16 September sepatutnya dihargai — Azman Anuar
SEPT 16 — Sesetengah warga Malaysia mungkin tidak sedar bahawa hari ini adalah ulang
tahun penubuhan Persekutuan Malaysia ke-46. Hari ini juga ada yang langsung lupa tentang ulang tahun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-76.
Satu tarikh tetapi ada dua peristiwa penting berlaku pada hari ini — 16 September. Tanggal 16 September bagi masyarakat awam adalah seperti hari biasa. Sebab hari ini bukan cuti umum sebagaimana kita bercuti untuk menyambut Hari Kemerdekaan pada setiap 31 Ogos.
Jadi tidak hairanlah jika 16 September tidak membawa apa-apa makna bagi kebanyakan rakyat di Semenanjung Tanah Melayu. Mereka lebih mengingati 31 Ogos daripada 16 September. Tetapi tarikh ini memberi makna yang besar kepada kebanyakan rakyat di Sabah dan Sarawak.- + selanjutnya
![]()
1 comments:
teman pun tak puas hati beyoi la dgn pemimpin malaya ni. teman hari ni terpaksa bekerja. sbb kena kerja luar di malaya. kalau teman di KK hari ni sedap je cuti2 sabah
Post a Comment