Peniaga marah perhimpunan haram jejas perniagaan

KUALA LUMPUR 1 Ogos — Para peniaga di sekitar Jalan Masjid India di sini marah dengan tindakan pihak yang menganjur perhimpunan haram di sekitar ibu negara hari ini kerana tindakan itu menjejaskan perniagaan mereka.
Peniaga ubat-ubatan tradisional Ahmad Said berkata perhimpunan itu menimbulkan kemarahan peniaga di situ kerana perniagaan mereka terganggu dan kebanyakan pelanggan tidak berani datang kerana takut terperangkap dalam perhimpunan haram.
“Sudah banyak kali demonstrasi begini berlaku. Ia memang menjejaskan perniagaan kami,” katanya.
Beliau berkata pihak yang menganjurkan perhimpunan haram itu sepatutnya menggunakan saluran yang betul untuk menyampaikan memorandum kepada kerajaan bagi menyuarakan pandangan mereka berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). - + selanjutnya
![]()
9 comments:
MENGGUNAKAN SALURAN YANG BETUL MACAMANA??????.........sedang kan mahkamah pon tak betulllllooolllll!!!!!!!!!
Peniaga yang marah tu jenis manusia yang tak pikir pasal kezaliman kerajaan. Yang dok pikir perut sendiri je. aku dok kat R&R, dok kat Kedai area komuter, untung gilaaaa .... yang masjid India tu bodoh tak reti meniaga
ramai orang kan patutnya menguntungkan peniaga? bodoh pe peniaga ni?
peniaga tu orang umno kot!!!!!
dah tak dak saluran dah.., saluran muda pun khairi/SPR daftar pengundi hantu.. hati-hati di permatang pasir...
dia ni, agaknya orang sembahyang jumaat perniagaannya terjejas juga kot....???? nak kena undi macam perhimpunan umno
Biasala tu... Cuba fikir kat mana lagi kita nak bersuara...
binaniagadirumah
kedatangan orang berdemo nilah yang membawa rezeki durian runtoh kat peniaga.yang polis ,fru dan sb dok takut orang tu buat apa.cuba bagi laluan pada pendemo tu banyak gak depa pulun beli.lain kali peniaga kecil,warong dan kedai2 pi sergah kat polis,fru ,sb dan penguatkuasa jangan halang orang nak berdemo ada hikmah sebalik berkerjasama tu.bukankah kita serupa aja -dari kaum tertindas.
peniaga yang sokong lagi ramai.. malah turut serta..
Post a Comment