Rakan WARTAMAYA

Monday, December 7, 2009

Dedahkan Laporan Tragedi Kuala Dipang


Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Tan Seng Giaw mengesyorkan bahawa Menteri Pelajaran Muhyiddin Yassin membentangkan laporan mengenai tragedi Kuala Dipang di Dewan Rakyat sebelum sesi ini ditangguhkan.

Pada 7 Disember 2009, Tan mengambil bahagian di dalam perbahasan usul YB Ngeh Koo Ham bahawa perbelanjaan bagi perkara Maksud Bekalan/Pembangunan 41 supaya gaji Menteri Pelajaran Muhyiddin bin Mohd Yassin dipotongkan sebanyak RM10.

Melanting menuju tampuk,
Berkata menuju benar.

Usaha membentangkan usul ini adalah dengan maksud untuk menarik perhatian Menteri Pelajaran mengenai kelemahan-kelemahannya. Memang ada perkara-perkara yang baik yang telah dilakukan seperti memberi peruntukan kepada sekolah menengah bukan kebangsaan dan memberhentikan PPSMI selepas membelanjakan lebih RM5 bilion. - + selanjutnya
Share/Bookmark

1 comments:

Anonymous,  December 8, 2009 at 5:38 PM  

selagi BN memerintah semua jadi OSA, tunggu pakatan perintah PRU13

Blog list