Rakan WARTAMAYA

Monday, December 7, 2009

Adnan Yaakob bakal tersingkir?


Defisit belanjawan untuk 10 tahun berturut-turut sekali lagi menggoyah kedudukan Adnan Yaakob sebagai Menteri Besar Negeri Pahang. Sumber maklumat dalaman UMNO menyebarkan khabar bahawa Adnan Yaakob mungkin "dipindah"ke pusat untuk mengosongkan jawatan yang disandangnya lebih daripada satu dekad, lantas diisi oleh calon yang dilantik Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Pada hakikatnya, sudah tiba masanya untuk menukar MB. Pimpinan kerajaan negeri oleh Adnan kini terperangkap dalam kebuntuan. Beliau melihat dasar dirinya sebagai dasar terbaik, malah bermegah dengan dirinya kerana tidak meluluskan lesen pembalakan yang baru. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list