Rakan WARTAMAYA

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidil Adha



Apabila dia bercakap-cakap dengan penjual ketika membelinya, maka setiap patah kata yang diucapkannya itu adalah sama dengan satu tasbih. Dan jika dibayar harganya, maka setiap satu dirham, dia beroleh 700 kebajikan. Jika haiwan itu dibaringkan di atas tanah, maka setiap titis darah yang tertumpah, dijadikan oleh Allah 10 Malaikat yang mendoakan dan meminta ampunkan kesalahannya kepada Allah sampai hari kiamat.

Apabila dagingnya dibahagi-bahagikan, maka setiap suap yang dimakan orang, baginya adalah seperti memerdekakan seorang anak cucu Nabi Ismail a.s. Haiwan yang dikorbankan itu kelak akan menjadi kenderaan bagi orang yang mengorbankannya pada hari kiamat. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

"Muliakanlah korban-korbanmu, kerana nanti dia menjadi kenderaan kamu ketika melalui titian Siratal Mustaqim."

Nah ... Salam Aidil Adha kepada semua pelayar yang budiman.
Share/Bookmark

1 comments:

tajamkannuraniku November 26, 2009 at 5:56 PM  

Salam perjuangan.. Subhanallah..betapa kasih dan sayangnya Allah kepada kita.. di anugerahkan kepada kita pelbagai tawaran, ganjaran dan pujukan agar kita dekat denganNya , mendapat keampunan dan rahmatNya..malangnya ramai yang tidah mengendahkannya...

Baginda Rasulullah mendidik kita agar memiliki 'kaya jiwa' dan 'kaya material'..baginda semasa mengerjakan haji wada' melaksanakan korban 63 ekor unta , sebanyak jumlah usia banginda...subhanallah...Selamat berkorban..

Blog list