Permohonan Tekun RM41.31 juta dinilai kerana kutipan tidak memberansangkan
KUANTAN- Sebanyak 1,784 permohonan pembiayaan Program Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) kepada usahawan di negeri ini membabitkan permohonan bernilai RM41.31 juta sedang diproses ketika ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Datuk Ishak Muhamad (gambar) berkata, jumlah itu sebahagian daripada 15,000 permohonan berjumlah RM350 juta yang sedang diproses Tekun Nasional sepanjang Januari hingga September tahun ini.
Menurutnya, tidak semua permohonan yang diproses itu dapat diluluskan Tekun Nasional, memandangkan dana yang ada tidak mencukupi untuk pembiayaan sepenuhnya.
“Keadaan ini berlaku kerana kutipan bayaran balik kurang memberangsangkan iaitu kira-kira RM12 juta, berbanding keperluan pengeluaran mencecah RM30 juta sebulan,” katanya. - + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment