Rakan WARTAMAYA

Monday, November 23, 2009

Laporan Kejadian Bukit Antarabangsa Tertangguh, Kementerian Masih Belum Beri Kelulusan


Kerajaan negeri masih menunggu kebenaran daripada Kementerian Kerja Raya untuk mengedarkan salinan buku laporan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa walaupun laporan berkenaan telah siap untuk diedarkan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sehingga kini tiada sebarang kelulusan diberikan kementerian berkenaan walaupun beliau telah menulis surat permohonan.

“Kita sudah sedia, sudah cetak salinannya tapi kita masih menunggu kebenaran dari Jabatan Kerja Raya (JKR) dari kementerian. Kita masih belum dapat lagi tetapi saya sudah tulis surat supaya membenarkan kerajaan negeri untuk mengklasifikasikan di bawah Seksyen 2 C (Akta Rasiah Rasmi 1972) untuk dibenarkan risalah laporan sebagai rahsia, tetapi boleh diberikan kepada nmereka yang berkenaan tanpa tertakluk pada ikatan OSA,” katanya.- + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list