Rakan WARTAMAYA

Monday, November 23, 2009

Ceramah Ditarik Semula, Polis Masih Diperguna UMNO-BN


Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Polis DiRaja Malaysia masih terus diperguna UMNO-Barisan Nasional.

Menurutnya tindakan polis menarik balik permit ceramahnya di Kulai, Johor malam tadi atas alasan ia mendapat bantahan 30 pemuda UMNO adalah tidak munasabah.

Beliau turut menyatakan kekecewaaannya terhadap sikap dingin Ketua Polis Daerah yang tidak mahu mengadakan sebarang perbincangan.

“ Walaupun kita minum teh tarik semeja dengan Najib ini tidak bermakna polis sudah tidak diperlukan oleh UMNO,malah akan terus menjadikan polis sebagai perkakas UMNO.Dan saya diberitahu oleh OCPD, tidak ada permit tidak boleh berucap,"katanya.

“ Malam tadi semasa Keadilan Kluang memaklumkan bahawa tiada halangan untuk berceramah disitu kerana kawasan merupakan kawasan persendirian.Malah ceramah masih diteruskan oleh pemimpin kawasan tersebut dari Johor,seterusnya saudara Tian Chua berceramah ,tetapi sebaik tiba giliran saya, saya dihalang oleh OCPD,"jelasnya.- + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list