Rakan WARTAMAYA

Sunday, August 23, 2009

Henti serang peribadi - SPR

BUKIT MERTAJAM 22 Ogos - Taktik serangan peribadi yang menguasai kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir perlu dihentikan segera kerana ia menggambarkan perjalanan pilihan raya yang tidak sihat di negara ini disebabkan amalan tersebut yang amat tidak berhemah.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, sedangkan tempoh berkempen yang diperuntukkan adalah bagi memberi peluang kepada calon dan parti mengetengahkan misi dan idea mereka bagi membantu penduduk setempat dan bukannya untuk menjatuhkan maruah atau mengaibkan sesiapa.

Katanya, sebab itu apa yang berlaku di Permatang Pasir adalah sangat dikesali apabila tumpuan kempen sejak hari penamaan calon Isnin lalu hampir sepenuhnya menjurus kepada isu peribadi yang tidak mempunyai kepentingan kepada pengundi. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list