Rakan WARTAMAYA

Thursday, December 31, 2009

Zaman JOLI KATAK dah berakhir - Kuli


[...] Menurut pengasas Petronas itu, rancangan asal gergasi petroleum itu tidak termasuk mengeluarkan minyak berlebihan untuk membayar kos projek kerajaan bernilai berbilion ringgit.

"Ia bermula dengan perjanjian (pembelian peralatan ketenteraan) dengan (perdana menteri Britain pada masa itu) Margaret Thatcher.

"Kemudian, pengeluaran minyak tiba-tiba berganda daripada 650,000 tong sehari kepada lebih satu juta tong sehari (untuk menampung pembelian senjata). Itu sudah terlalu banyak untuk kita," katanya.

Sebagai seorang perancang utama kepada rancangan minyak Malaysia, bekas menteri kewangan itu kini cuba untuk membetulkan keadaan, lebih-lebih lagi untuk negeri asalnya sendiri yang beliau percaya mempunyai "hak berdaulat" untuk menerima bayaran royalti minyak bagi sumber yang ditemui di perairannya. [ lagi ]

Apa katak katak tu paham ke apa kata Kuli?

...

Selepas gula, apa pulak yang akan naik?


Alah bisa, tegal biasa.
Kan dah biasa .. mari kita teka. Selepas gula naik .. apa lagi yang akan naik?
Nkorang kan pandai .. mari kita berteka teki ....

...

RM800 juta: Kelantan warisi kes zaman Umno/BN


KOTA BARU, Dis 31: Kerajaan negeri Kelantan terpaksa menghadapi dilema membayar ganti rugi RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan apabila mewarisi keputusan pentadbiran Umno-BN sejak 35 tahun lalu.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa berkata masalah itu berpunca daripada pembatalan projek pada tahun 1975.

Bagaimanapun, Husam berkata, kerajaan negeri akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu. [ lagi ]

Projek cuci najis BN .. he he he
Kat mana pun serupa .. he he he

...

Ganti rugi RM800 juta


KOTA BHARU 30 Dis. – Kerajaan negeri Kelantan diarah membayar ganti rugi RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan kerana melanggar beberapa perjanjian di antara kedua belah pihak sejak 45 tahun lalu.

Keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu itu dikatakan mencatatkan sejarah tersendiri kerana jumlah ganti rugi merupakan antara yang terbesar dalam kes sivil di negara ini.

Menurut sumber, pada prosiding tersebut, Timbermine Sdn. Bhd. diwakili oleh Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan kerajaan negeri diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Khairul Anuar Wahab. [ lagi ]

Sejak 45 tahun dulu?
he he he ... Macam-macam la .. he he he

...

Semut pun kena tipu



He he he .. mula mula citer pasal diabetis ..
Pastu tu rege plak naik .. He he he
Tipu cara lama ... he he he

...

Yahooo .. aku dah boleh jadi bomoh



Bulan lepas ...
"Kamu nampak tak pokok tebu tu bergoyang", kata Tok Moh.
"Nampak Tok Moh", jawab Leman

Hari ni
Gula naik RM0.20 sen ....

"Dengan ini aku tauliah kan kamu Leman menjadi bomoh. Kalau nak telek nombor, kau cari guru lain .. ", kata Tok Moh.

"Aduhai ... Kalau pasal gula ni Tok .. satu Malaysia dah boleh jadi bomoh? Senang sangat nak telek", kutuk Leman.

...

Gus Dur meninggal dunia


JAKARTA 30 Dis. - Bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid meninggal dunia 6.45 petang ini (waktu Indonesia barat) ketika menerima rawatan di Hospital Cipto Mangunkusumo di sini.

Adik kandung Abdurrahman, KH Sholahudin Wahid mengesahkan Abdurrahman yang lebih dikenali sebagai Gus Dur dan merupakan Presiden Indonesia keempat telah meninggal dunia. [ lagi ]

...

Polis London bantu jejak Raja Petra


Polis percaya pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Raja Kamaruddin, yang telah dikenakan waran tangkap, masih bersembunyi di London dan usaha sedang dibuat untuk mengesannya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata beliau telah meminta bantuan pihak polis di London untuk mengesan Raja Petra.

"Hasil risikan, polis percaya dia masih bersembunyi di London dan dengan itu saya telah meminta bantuan pihak berkuasa di sana untuk mengesan Raja Petra," katanya kepada Bernama hari ini. [ lagi ]

...

Wednesday, December 30, 2009

'I am Kelantan Sultan's second wife'


KUALA LUMPUR: One of the two women brought into the royal suite at the Mount Elizabeth Hospital in Singapore is the second wife of the Sultan of Kelantan, Sultan Ismail Petra, it has been revealed.

A source close to the Kelantan palace confirmed this morning that the Sultan's second wife and her personal assistant had visited the ailing ruler.[ lagi ]

...

Man who burned CM’s photo attacked


Krishnan, whose nickname is Mak Mandin Kumar, said he was on his motorcycle and heading home in Taman Mak Mandin after dinner at 10pm on Sunday when the attack took place.[ lagi ]

"Man ... sapa yang pukul ular tu?", tanya Tok Moh.

...

Ka Siong under fire over PKFZ issue


GEORGE TOWN: MCA Youth chief Datuk Dr Wee Ka Siong has come under fire from grassroots members on his inconsistent statements over the Port Klang Free Zone controversy.
A Youth leader from Kedah is questioning why Dr Wee had initially denied having any links to Bintulu member of parliament Datuk Seri Tiong King Sing, who owns Wijaya Baru Sdn Bhd, the main development company of the PKFZ, only to reveal last week that a company he founded, Hijau Sekitar Sdn Bhd, had in fact worked for the latter.

Lau Hock Chai, who heads the MCA Merbok division Youth wing, said the conflicting statements had raised doubts about Wee's integrity as well as fuelled speculation on his involvement in the scandal.

"Although Wee has clarified that he had divested a major portion of his shares in the company since becoming a deputy minister last year, it appears that he is trying to sidestep the issue at hand here, which is his relationship with Tiong."[ lagi ]

...

Teoh Beng Hock murdered

KUALA LUMPUR: Teoh Beng Hock was murdered. Top Thai pathologist Dr Pornthip Rojanasunand (picture) has sufficient evidence to prove that he was killed.

The Parti Keadilan Rakyat organ, Suara Keadilan, reports in its latest edition that her forensic report will be presented at the January 7 inquest into Teoh’s untimely death.

The weekly quotes unnamed Health Ministry sources as saying that Pornthip reached her conclusion after a second postmortem at the Sungai Buloh hospital.[ lagi ]

...

Mana pulak cincin aku ni ?


Siapa pemilik cincin berlian berharga mahal ini?
INILAH cincin berlian yang dijumpai seorang lelaki di pusat beli-belah The Curve, Mutiara Damansara kelmarin.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Lan, 32, ingin mencari pemilik sebentuk cincin berlian yang dijumpai tercicir di pusat beli-belah The Curve, Mutiara Damansara kelmarin.

Lan yang bekerja sebagai seorang kerani memberitahu, dia sempat melihat kelibat pemilik cincin itu yang juga wanita bertubuh sederhana dan berumur dalam lingkungan akhir 30-an, berambut keriting melepasi bahu dan berkulit cerah. [ lagi ]

Macam ... aku letak atas meja.
Macam ... aku letak dalam poket ...
Ishkkk ... mana plak pegi nya ....

...

Den kayo !

Dapat ganti rugi RM552,299.59 - Kerajaan diarah bayar penunggang motosikal yang ditendang anggota polis

KUANTAN - Mahkamah Tinggi di sini semalam mengarahkan Kerajaan Malaysia membayar ganti rugi sebanyak RM552,299.59 kepada seorang lelaki yang menderita lumpuh selepas motosikal ditungganginya ditendang oleh seorang anggota polis dalam sekatan jalan raya 10 tahun lalu.

Hakim Datuk V.T Singham memerintahkan supaya bayaran yang meliputi ganti rugi khas, ganti rugi teladan dan ganti rugi am tersebut dibuat kepada Syarizan Sudirmin, 26, dari Kampung Tengah, Pulau Pangkor, Perak ekoran kejadian yang menimpanya pada 9 September 1999. [ lagi ]

...

JOM Lepak di Kajang



[ lagi ]

...

Tuesday, December 29, 2009

Misi mencari enjin



"Hello .. hello .. spy Leman, call in .. call in", bisik Tok Moh.
"Kita sedang berada di lokasi .. sila beri arahan Tuan", kata Leman.
"Cuba nko perati kan kereta tu ... ", kata Tok Moh lagi..
"Ye saya sedang perati kan keta yang pelik ni .. ", jawab Leman.
"Mungkin kah ini yang lepas dari Port Kelang?", tanya Tok Moh.
"Sedang cuba mendapatkan info Tuan ... over", jawab Leman.
"Leman .. aku nak ingatkan. Kalau ada cerita lain timbul, jangan lari fokus .. terus cari enjin", nasihat Tok Moh.
"Baik Tuan", kata Leman.

...

Rebels in Barisan camp


KUALA TERENGGANU - The Barisan Nasional government in Terengganu is said to be facing a big headache over an ‘opposition bench’ within its own camp in the state assembly.

The rebels have been taunting Mentri Besar Ahmad Said almost from the day he took over the helm of the state administration from predecessor Idris Jusoh after the March 2008 general elections.

The dissenting group is said to be siding Idris, a one-term MB who was replaced amid a controversy that dragged the palace into Umno politics.

Idris’ supporters were so sore with the appointment of Ahmad that they went to the palace grounds to protest – shaking even the palace gates to display their displeasure. [ lagi ]

Pesta .. ! Pesta .. !

...

The beauty and the MP


[...] Before her marital status was made public, Zizie Ezette told the media that “a married MP had proposed to her and she had to think seriously about it.”

She later declared that her marriage with the politician, a father of four children, aged two to 17, was ‘fated’.

Few will empathise with the actress and, probably, will condemn her.

For, as she spoke, another woman had to find out, in the most public and humiliating way that her husband was taking another wife.

The MP and Zizie initially denied they were married.[ lagi ]

ADuhai .. senak dada aku ..

...

Watak-watak 'garang, lembut' dalam politik kita


Mohd Jamil Mukmin (Datuk), penulis buku Gerakan Islam di Malaysia, memberikan pandangan yang menarik mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. Katanya, walaupun Pakatan Rakyat ialah pakatan Pas, DAP dan PKR, namun penentunya ialah individu, bukan parti. Penentunya ialah Anwar Ibrahim, tokoh yang cerdik dan bergaya garang. Pakatan itu tidak wujud jika Anwar tidak berperanan.

Saya amat cepat memahami kata-kata Mohd Jamil, kerana hakikatnya memang ketara. Sebelum pilihan raya 2008, Pas dan DAP renggang. Anwar mengambil peranan penting dalam mendekatkan parti-parti itu, dan hasilnya ialah pembangkang menjadi kuat. Pas seolah-olah mengetepikan hasrat untuk menubuhkan negara Islam, dan DAP pun kelihatan seperti tiada kaitan dengan 'Malaysian Malaysia'. PKR sendiri dapat berdiri kukuh tanpa ideologi. [ lagi ]

hep !!! (Garam)
Hoi !!! (Sedang)
Alahai !!! (Lembut)

...

Cina jadi MB: Nik Aziz sanggup pinda Undang-undang Tubuh Kerajaan Neger


KOTA BHARU – Kerajaan Pas Kelantan bersedia membuat pindaan terhadap Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi membolehkan golongan bukan Melayu yang beragama Islam menjawat jawatan sebagai Menteri Besar di negeri itu.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, dalam soal pelantikan Menteri Besar pindaan undang-undang bukanlah faktor utama tetapi apa yang penting ialah ia selari dengan dasar Islam yang dibawa Pas sejak awal pentadbirannya.

“Yang penting ialah dasar Islam. Dasar Islam ialah dia orang Islam dan akhlak baik, tak ada apa. Yang penting takwa. Kita terima,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan majlis Ijtimak Ulama Muda Negeri Kelantan 2009 di sini, semalam. [ lagi ]

Patut OBAMA jadi Presiden.
Patut KATAK marah benar .. he he he

...

Malaysia atau diri


Malaysia mungkin dikenakan sanction atas penjualan enjin pesawat secara gelap. Kesan kepada ekonomi dan negara kita secara keseluruhan tentu amat besar. Kenyataan Balasubramaniam yang tersebar menerusi internet mengenai isu PM-Altantuya, amat menjejaskan dan belum nampak formula mengatasinya. Imej Kerajaan kita terjejas teruk. PKFZ dan lubang hitam terbesar yang ditinggalkannya tak mungkin dapat ditutup dalam tempoh dekat. Hampir tumbangnya kerajaan pimpinan Najib gara-gara MP BN tuang sidang Parlimen semasa undian, tentulah menggerikan penyokong BN.[ lagi ]

...

Rumah Terbuka Chrismas di Sabah


It was a tropical Yuletide at the Padang Merdeka in Kota Kinabalu, which hosted this year’s national level Christmas open house celebration - Star

Santa Claus bukan pakai baju biru ke? he he he ...

...

Shamsul : SPRM Jangan Guna Alasan Lama


Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menggunakan alasan lapuk bagi mengelak melaksanakan tanggungjawabnya berhubung kes penyiasat persendirian P. Balasubramaniam.

SPRM hari ini dipetik berkata Bala perlu tampil memberi kenyataan kepada badan itu berhubung dakwaan pembabitan kerabat keluarga Perdana Menteri Najib Razak berhubung kes Altantuya Sharibuu.

Kenyataan itu mengejutkan kerana Bala sebelum ini menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan SPRM. Beliau hanya meletakkan syarat mahukan soal siasat itu dijalank[ lagi ]

Biar mati anak, jangan mati budaya. he he he

...

Koordinator BANTAH dakwa diugut


KUALA LUMPUR, 29 Dis: Berepa penggerak utama Gabungan Mahasiswa Bantah E-Voting (BANTAH) didakwa menerima ugutan dari pihak yang tidak dikenali ekoran beberapa tindakan gabungan itu yang mahu sistem undian elektronik atau e-voting pada Pilihan Raya Kampus (PRK) akan datang, dibatalkan.

Terbaru dua pemimpin mereka didakwa menerima surat layang dan sms mengandungi ugutan untuk 'mengganggu' program terdekat gabungan itu iaitu forum terbuka yang akan diadakan pada 1 Januari 2010 bertempat di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. [ lagi ]

Ugut ugut ni budaya siapa la ni .. Hish .. He he he

...

Nik Aziz nafi: Husam letak jawatan dan dua pegawainya dipecat


KOTA BHARU, 29 Dis: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak dakwaan dua pegawainya dipecat di samping menafikan exconya, Datuk Husam Musa meletakkan jawatan.

Bercakap kepada pemberita dalam satu sidang media di kediaman Menteri Besar hari ini, beliau memberitahu niat setiausaha politiknya, Anual Bakhri Haroun untuk meletakkan jawatan sudah lama dinyatakan.

Ianya dibuat atas sebab Anual mahu menumpukan kepada bidang penulisan dan syarikat beliau dan juga atas masalah kesihatan anak bongsunya yang harus deberi penumpuan. [ lagi ]

Hilang jawatan tak per .. jangan hilang enjin jet. He he he

...

Nik Aziz desak Umno keluar BN

KUALA LUMPUR, 29 Dis: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kelmarin meminta Umno keluar dari BN dan bersama-sama PAS dalam Pakatan Rakyat sekiranya jujur dan benar-benar mahu memperjuangkan hak rakyat.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian sebagai mengulas aksi sekumpulan pemuda mendesak PAS Selangor supaya keluar dari Pakatan Rakyat negeri Ahad lalu.

Jelasnya, mereka yang terbabit dipercayai sebagai ahli atau penyokong Umno. [ lagi ]

Demo mintak UMNO keluar BN plak .. he he he

...

Ong ong .. degedek gedek gedek

Serahkan Jawatan MB Kepada Anuar Tan - Ibrahim Ali
PETALING JAYA: Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali hari ini mengalu-alukan Datuk Nik Aziz Nik Mat menyerahkan jawatan Menteri Besar kepada Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Anuar Tan.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, jika Mursyidul Am Pas itu benar-benar ikhlas terhadap kenyataannya dan bukan hanya gimik politik, beliau seharusnya meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada Anuar.

"Paling tidak lantik (Anuar) sebagai Timbalan Menteri Besar dan saya mahu lihat apakah mendapat sokongan daripada pimpinan Pas yang lain," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini hari ini.[ lagi ]

"Apesal nko panggil aku katak?", tanya Katak Puru.
"Sebab nko katak", kata katak pancing.

...

Susah nye ...


Bekas Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Dr. Rosli Allani Abdull Kadir bersama isteri keduanya Illyani Mohd Noor melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta sejurus selepas mahkamah mengeluarkan surat perintah interim mufarakah di rumahnya di Kota Bharu, hari ini. - Gambar: Hafiz Johari

Halal pun susah ...

...

Saksi: SPRM sahkan 'tiada kes' terhadap Norza


Mahkamah Sesyen Temerloh dimaklumkan bahawa seorang pegawai tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menghantar surat kepada Umno mengatakan bahawa suruhanjaya itu "tidak ada kes" terhadap Datuk Norza Zakaria, bekas ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan yang sedang menghadapi tuduhan rasuah.

Bekas setiausaha kerja Umno, Brig Jen (B) Datuk Husainy Hashim, saksi kelima pendakwaan bagi kes perbicaraan rasuah membabitkan Mohamad Norza dan ejennya Halimi Kamaruzzaman, berkata surat berkenaan telah diserahkan kepada Majlis Tertinggi Umno. [ lagi ]

Macam dah boleh agak jer hujung cerita ni ... he he he

...

Aduan polis Lim terhadap pegawai kanan RTM


Kerajaan Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya kerana didakwa menerbitkan satu artikel berunsur fitnah dalam blognya baru-baru ini.

Ng Wei Aik, setiausaha politik Ketua Menteri Lim Guan Eng, berkata beliau telah diarah oleh Lim membuat laporan polis berhubung artikel Ibrahim dalam laman blognya duniatiger.blogspot.com, yang bertajuk 'Ada Orang Nak Penjarakan Saya' pada Sabtu lalu.

"Ibrahim mendakwa terdapat seorang pekerja di pejabat ketua menteri telah mengugutnya, akan tetapi, kami telah mengadakan siasatan dan tidak ada seorang pun yang bekerja di pejabat ketua menteri mengenali beliau," katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Timur Laut di Pulau Pinang hari ini. [ lagi ]

...

Club claims Felda subsidiary awarded jobs to single contractor


PUTRAJAYA: Kelab Belia Graduan 1Malaysia wants the authorities to investigate if a subsidiary of Felda Holding Bhd can award tenders worth RM160mil to a single contractor through direct negotiation.

Club secretary-general Ezaruddin Abd Rahman claimed that direct negotiations were against Felda Holding’s tender procedures that stipulated that open tenders should be called for jobs worth over RM50,000.

The group had alleged in a 50-page memorandum that four members of Felda Holdings board of directors had abused their powers. [ lagi ]

...

Pak Hitam kuasai padang taman - Penduduk setempat hanya mampu melihat, tidak berani tegur


KUALA LUMPUR - Sekali pandang tidak ada yang salah apabila melihat sekumpulan warga asing dari benua Afrika bermain bola sepak di padang Taman Sri Bahagia, Cheras dekat sini.

Namun apa yang menimbulkan rasa kurang senang di kalangan penduduk di situ apabila mereka mula bergaduh sesama sendiri, membuat bising, minum arak, membuang air kecil merata tempat, memasang muzik dengan kuat dan memandu laju. [ lagi ]

He he he ... mana hero hero bangsa tu?
10 line .. he he he

...

Kediaman Dr. Rosli dikepung


KOTA BHARU 28 Dis. - Kediaman bekas Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Dr. Rosli Allani Abdull Kadir, 35, di sini 'dikepung' oleh keluarga isteri keduanya sejak petang tadi kerana didakwa ingkar perintah Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

Tindakan bapa mertuanya, Mohd. Noor Che Man, 58, bersama kira-kira 20 anggota keluarga dan rakannya yang mengejutkan penduduk di situ dibuat atas alasan Rosli tidak mempedulikan arahan agar mereka tinggal berasingan buat sementara. [ lagi ]

...

Raja Petra ditaja pihak tertentu di London?


KUALA LUMPUR 28 Dis. - Gaya hidup mewah pengendali web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin, 59, yang mampu tinggal di sebuah pangsapuri di Gloucester Terrace, Bayswater, London, dipercayai ditaja oleh pihak-pihak tertentu.

Menurut sumber, pemeriksaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menolak kemungkinan Raja Petra dibiayai oleh individu tertentu yang mempunyai konspirasi untuk merosakkan nama baik kerajaan Malaysia. [ lagi ]

Persepsi .... he he he

...

Dua anak polis antara tiga ditahan terlibat samun


PULAU PINANG 28 Dis. - Dua anak anggota polis antara tiga lelaki yang ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan samun bersenjatakan parang di sekitar bandar ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, ketiga-tiga mereka yang berusia dalam lingkungan awal 20-an ditahan di Jalan Terengganu di sini pada pukul 5.20 pagi kelmarin.

Menurutnya, dalam operasi itu polis turut merampas dua buah motosikal yang disyaki digunakan untuk menjalankan kegiatan samun di kawasan sekitar Daerah Timur Laut.

"Semua mereka ditahan dalam operasi cegah jenayah dan hasil pemeriksaan kita menemui parang yang dibalut dan disembunyikan pada salah sebuah motosikal. [ lagi ]

...

Monday, December 28, 2009

Waspada



Bantai la apa diorang nak kata. Aku tetap akan tidur di depan rumah hari ni.
Kalau enjin jet boleh hilang, tak mustahil enjin kereta aku pun di curi orang.

ZzzzzZZZzzzzzz....

...

SPR kena tunjuk bukti kes dakwat PRU-12


SHAH ALAM- Badan bebas Pemantauan Pilihan Raya (Mafrel) mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengemukakan bukti yang menyokong tindakan suruhanjaya itu menarik balik pelaksanaan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) lalu.

Pengerusinya, Syed Ibrahim Alhabshi (gambar) berkata, pendedahan tersebut perlu dibuat bagi menangkis tanggapan negatif rakyat terhadap SPR berulang.

“Tindakan menarik balik pelaksanaan dakwat kekal diketahui oleh semua rakyat, jadi SPR perlu telus dan membawa individu yang bertanggungjawab ke muka pengadilan,” katanya. [ lagi ]

Hu hu hu .... adoi ...

...

Kerajaan bertanggungjawab jika tanah mendap akibat kecuaian DBKL

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan akan bertanggungjawab terhadap kejadian tanah mendap yang berlaku di Taman Cuepacs, Segambut di sini, jika laporan siasatan mendapati kejadian itu berpunca daripada kecuaian pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pihaknya telah mengarahkan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) untuk menjalankan siasatan dan laporan lengkap mengenainya akan siap dalam masa tiga bulan.

"Saya diberitahu Ikram telah memasang tiga meter pengesan pergerakan tanah di kawasan ini. Sementara menanti siasatan selesai, pihak DBKL dan Ikram akan memantau keadaan dari semasa ke semasa. [ lagi ]

"Macam tak dengar je telinga aku ni .. ", kata Tok Moh.

...

MACC asked to investigate corruption in GLC subsidiary


PUTRAJAYA, Dec 28 (Bernama) -- The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) was today asked to investigate corruption and power abuse involving a government-linked company's subsidiary firm worth about RM160 million.

1Malaysia Graduates Club secretary Ezaruddin Abd Rahman said they received information that corruption in the over 50-years-old company had been occurring since 2006.

The memorandum claimed that tenders awarded did not follow procedure and were given to a company which had the interest of one of its board members, among others.

Ezaruddin said four names of those involved were also mentioned in the 50-page memorandum. [ lagi ]

"APesal jam tangan aku ni lambat sangat ... ishk " , Tok Moh.

...

Saya sedia kerjasama dengan polis, Ean Yon


Saya berasa terkejut apabila Ketua Polis Selangor Khalid Abu Bakar mendakwa bahawa saya memberi arahan kepada pihak polis supaya menghentikan siasatan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengenai ucapannya di Konvensyen Pakatan Rakyat yang lalu.[ lagi ]

...

Yahoo ... dapat beg sekolah !

Kerajaan Negeri Agih 40,000 Beg Sekolah

Sempena sesi persekolahan akan datang, Kerajaan Negeri memberikan 40,000 beg sekolah percuma kepada setiap Dewan Undangan Negeri untuk diedarkan kepada keluarga yang kurang berkemampuan.

Exco Kerajaan Prihatin Dr Xavier Jeyakumar berkata setiap Dun mendapat 700 beg sekolah, yang akan diagihkan kepada penduduk setempat oleh wakil rakyat masing-masing.

"Pemberian ini adalah satu cara kerajaan negeri meringankan beban rakyat terutamanya dimusim persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi",katanya. [ lagi ]

"YB ... ! beg POLO boleh tak?", Tok Moh.

...

Hasan dan Khalid belum diputuskan bersalah - Tuan Ibrahim


UALA LUMPUR, 28 Dis: Keputusan Jawatankuasa disiplin PAS untuk memanggil Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali dan Pesuruhjaya PAS Shah Alam, Khalid Samad merupakan proses biasa untuk mendengar penjelasan daripada kedua-dua pihak, kata Pengerusinya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar).[ lagi ]

Biar lambat asal lambat ...
Biar cepat asal lambat ...
Suka hati la ....

...

Kan Rais kata jangan ... ishk


Gerak cadang suruhanjaya diraja siasat Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, 28 Dis: Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (Gerak Malaysia) gesa ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat dakwaan seorang penulis buku antarabangsa, Barry Wain bahawa sepanjang 22 tahun pentadbiran perdana menteri ke-empat hampir RM100 bilion dibazirkan dan berlakunya rasuah.

Gerak juga menggesa agar siasatan Suruhanjaya DiRaja itu nanti melibatkan dakwaan oleh Tun Dr. Mahathir terhadap mantan perdana menteri ke-lima, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang melibatkan penggunaan wang bernilai RM 270 bilion dalam masa lima tahun.[ lagi ]

...

Tamatkan Perkhidmatan MiG-29 Untungkan Orang Tengah?

[...] Itu persoalan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang turut mempertikaikan pelupusan jet-jet yang berusia tidak sampai 20 tahun terbabit sedangkan India dan Rusia masih menggunakannya dalam tempoh lebih lama.

Bekas Perdana Menteri itu hairan bagaimana kerajaan mahu menggantikan pesawat pejuang pemintas itu dengan yang baru dalam keadaan ekonomi negara masih tidak menentu sekarang.

"Penjualan dan pembelian pesawat oleh kerajaan mampu memberi keuntungan besar (berjuta-juta ringgit) kepada orang tengah. Apakah ada kepentingan orang tengah yang mempengaruhi keputusan kondem MiG-29 untuk beli yang baru," tegas beliau dalam blog popularnya, Che Det di sini hari ini. [ lagi ]

He he pandai dia ...

...

Nasib baik aku miskin


Pemegang Kad Kredit Bakal Mula Bayar Cukai Perkhidmatan

KUALA LUMPUR: Pemegang kad kredit boleh menjangkamelihat jumlah cukai perkhidmatan yang patut dibayar dalam penyata mereka secaraberasingan, yang mana dikenakan cukai semasa pengeluaran, pada tempoh genapsetahunnya, atau semasa diperbaharui.

Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM) hari ini berkata, sekiranya kad kreditbaharu dikeluarkan tahun depan sah bagi satu tahun, cukai perkhidmatan RM50 akandikenakan pada tarikh ia dikeluarkan.[ lagi ]

...

Kumpul blogger boleh tak?

Halang beri laporan media perkara lama
KUALA LUMPUR 27 Dis. - Ketetapan yang membenarkan hanya pemimpin tertentu dalam Pas mengeluarkan kenyataan media bukannya perkara baru tetapi ia telah diamalkan secara meluas oleh parti itu sebelum ini.

Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad berkata, perkara itu tidak wajar dipolitikkan oleh pihak tertentu dengan mendakwa ia merupakan mekanisme baru parti bagi mengawal media daripada melaporkan berita yang boleh membawa imej buruk kepada Pas.

Menurut beliau, ketetapan itu telah diputuskan oleh mesyuarat Majlis Syura Ulama sebelum ini bertujuan mengelak berlaku percanggahan kenyataan kepimpinan Pas terutama membabitkan dasar penting parti. [ lagi ]

...

Mintak-mintak jangan la runtuh


Dari Kiri: Abd Halim Abd Jalil, Datuk Dr Adham Baba, Datuk Baderi Dasuki dan Suhaimi Khalid turut serta mengecat bangunan Bilik Gerakan Pemuda UMNO Bahagian Tenggara, di Taman Kota Jaya, Kota Tinggi, di sini hari ini. - UTUSAN

...

Hisap cerut ok tak?


Tidak merokok mungkin jadi prasyarat mohon bantuan K'jaan
28/12/2009 7:23pm

KUALA LUMPUR 28 Dis. — Tabiat tidak merokok mungkin dicadangkan sebagai prasyarat untuk belia dan pelajar yang memohon bantuan kerajaan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, cadangan itu disuarakan kerana banyak pihak terutamanya belia dan pelajar masih mampu membeli rokok meskipun harga rokok sudah beberapa kali dinaikkan. [ lagi ]

...

Kartika temui TG NIk Aziz



Bekas model kontroversi di dalam isu sebat dan arak telah berjaya menemui TG Nik Aziz.
Baca kan tentangnya [ lagi ]

...

Sunday, December 27, 2009

Gerombolan demo menutup muka dengan poster dan ada yang melarikan diri


Sekumpulan 20 orang penunjuk perasaan, yang mendakwa penyokong Pas dari Gombak dan serata Selangor berdemo di hadapan ibupejabat Pas Selangor hari ini.

Bersenjatakan sepanduk, gerombolan muda belia Kelantan itu berhimpun menuntut Pas menceraikan perikatan bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

Gerombolan yang mendakwa diri mereka penyokong Pas ini bagaimanapun malu-malu kucing di hadapan lensa media.

Mereka dilaporkan menutup muka dengan poster dan ada yang melarikan diri dari jurugambar.

Geng pro-pemisah ini berkata Pas telah menjadi boneka Pakatan Rakyat dan menggesa pimpinan Pas supaya kembali kepada Islam.- - TV SElangor

He he he ....

...

PAS akan siasat dalang disebalik demonstrasi


KUALA LUMPUR, 27 Dis: PAS telah mengarahkan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor menyiasat dalang disebalik sekumpulan pemuda yang mengadakan himpunan di hadapan pejabat perhubungan parti itu dibangunan Worldwide Shah Alam tengahari tadi.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kepada Harakahdaily ketika beliau diminta mengulas perkembangan terbaru itu.

"Saya telah arahkan setiausaha perhubungan PAS Selangor untuk buat siasatan penuh siapakah dibelakang demo ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily lewat petang tadi. [ lagi ]

Lawak bodoh ni perlu disiasat. Nak tau sapa pelakun utamanya.
he he he ....

...

Lawak pecah perut di Selangor

Ni la dia risalah yang diedarkan di Selangor hari ini .. (AMARAN : JANGAN KETAWA SAMPAI TERKENTUT)



Baca seterusnya di Ikutsukaaku
Perlu kawal bila ketawa, jangan sampai di labelkan sebagai orang gila.

...

Blog list