Beberapa Kaedah Nilai KPI Perdana Menteri
[...] Saya sendiri sudah bosan dengan janji manis dan sikap sambil lewa pemerintah terhadap pendedahan Ketua Audit Negara tahun demi tahun.
Bagi kita rakyat jelata, inilah peluang dan cara paling mudah mengKPIkan PM kerana dia sendiri sudah berjanji secara terang dan terbuka yang dia akan bertindak tegas terhadap laporan itu.
Kita lihat berapa cepat, berapa orang dan berapa tegas hukuman yang akan dikenakan ke atas penipu dan pemalas yang didedahkan oleh Ketua Audit Negara itu.
Ini bukan setakat soal rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. Tetapi ini soal duit cukai dan hasil yang kita bayar kepada kerajaan.
Kalau pegawai kerajaan yang korup “songlap” duit kita, mereka wajib dihukum. Kalau PM enggan hukum mereka kerana takut disabotaj atau hilang undi, kita sebagai pembayar cukai dan pengundi akan hukum beliau apabila masanya sampai.- + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment