70 peratus ahli mula pertikai kewibawaan kepemimpinan parti
"Sokongan media alternatif termasuk penulis blog, jurnal amat mengejutkan kerana laporan negatif meningkat 213 peratus berbanding sebelum PRU 12. Mereka mula beralih arah atau berada di atas pagar," katanya.
Beliau berkata, antara isu negatif yang sering diutarakan ialah masalah kepemimpinan, ideologi, jentera, individu dan manifesto.
Mengenai persoalan adakah Pas perlu bersetuju mengenai cadangan mewujudkan satu parti gabungan Pakatan Rakyat, kajian menunjukkan 288 responden cuma bersetuju Pas kekal sebagai ahli bersekutu. - + selanjutnya
"Ohhhhh ... kajian yang tidak benar ! .. Kajian tak betul !
"Kajian dari Dr cap ayam .. Ohhh tidak ..."
"Bang bangun .. dah pagi. Abang ngigau ni. Mimpi apa bang?"
"Abang mimpi demokrasi dalam PAS"
Demokrasi,
Kira undi waktu orang tak nampak gigi
Demokrasi,
Tiba tiba keputusan keluar waktu pagi.
3 comments:
Rupa-rupanya tiada satu pun peminpin PAS yang berkata benar mengapa TG Nik Aziz tidak menghadiri sidang akhbar selepas mesyuarat khas yang diadakan pada malam Rabu 28 Oktober 2009.
Ketika masing-masing menyatakan hujah, tiba-tiba Abu Bakar Chik(ABC) telah menyergah TG Nik Aziz.
"Nik Aziz dah tua dan nyanyuk, lebih baik letak jawatan sebagai Mursyidul Am PAS dan Pesuruhjaya PAS Kelantan".
"Kalau boleh MB pun rakyat tok say(tolak) mu(TG Nik Aziz) sekarang ni...," ABC menambah.
"Menteri Besar...banyak lagi yang boleh keje kalau Tok Guru berhenti...,"
ABC terus sambung gesaan dia supaya Tok Guru berhenti. ABC tegaskan, Prof. Harun Din(Mastermind UG) sedia pangku jawatan Mursyidul Am PAS.
Mesyuarat khas malam itu dihadiri lebih 50 orang pemimpin PAS. Dan ABC sanggup mencerca dan menghina batang tubuh TG Nik Aziz dalam mesyuarat yang disaksikan oleh semua orang. Banyak lagi diolog yang mahu penulis coretkan di sini. Tapi tidak sampai hati. Cukuplah. Dah tiada bahasa carut yang sesuai untuk ABC ni. Ini khas untuk mu ABC. ISA SAMAD KAU !!!
Cercaan dan penghinaan ABC dalam mesyuarat khas itu menyebabkan TG Nik Aziz sebak, lemah dan mulai sesak nafas. Lantas TG Nik Aziz dikejarkan Institut Jantung Negara(IJN). Itu sebab TG Nik Aziz tidak muncul dalam Press Confrence. Ulang sekali lagi. TG Nik Aziz tidak hadir sidang akhbar selepas mesyuarat khas kerana semasa itu TG Nik Aziz sudah berada di IJN.
Hairan bagaimana TG Nik Aziz dalam keadaan sesak nafas dan tangan memegang dada keluar dari pejabat agung PAS tanpa disedari oleh semua wartawan dan lain-lain?? Mesyuarat khas itu diadakan di tingkat 5. TG Nik Aziz dengan dibantu beberapa orang turun melalui lif. Lif turun terus ke B iaitu basement atau tempat parking kereta bagi Pimpinan utama PAS. Tok Guru terus naik kereta di basement lalu dikejarkan ke IJN. Para wartawan tidak akan perasan kerana basement di Pejabat Agung PAS jalan raja laut terkebelakang dan terlindung dari pandangan mata. Sedangkan mereka iaitu para wartawan berkubu di tingkat G bangunan tersebut.
Selain gilakan jawatan Menteri Pusat dalam Kerajaan Persekutuan, geng-geng Terangganu ini ego dan tidak pandai merendah diri. PAS boleh lupakan Pru-13 jika tidak membuang pemimpin dari clan Terangganu ini dengan seberapa segera.
Bagi mereka yang ragu dengan cerita penulis mengenai bagaimana ABC menghina dan mencerca TG Nik Aziz supaya letak jawatan hingga Tok Guru dikejarkan ke IJN, anda sendiri boleh bertanya terus kepada lebih 50 orang pimpinan PAS yang hadir pada mesyuarat khas pada malam itu. Sahihkan fakta ini dengan mereka. Suruh mereka bersumpah atas nama ALLAH. Suruh mereka bersumpah bohong.
- Ali_baganutama
Ahli PAS kena singkir kumpulan UG dari pas...
Singkir hadi dan geng UG...
Post a Comment