Rakan WARTAMAYA

Friday, October 9, 2009

Raja Petra masih gagal dikesan: Pendakwa Raya


KUALA LUMPUR- Penulis blog, Raja Petra Raja Kamaruddin, masih gagal dikesan walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh pihak polis menyebabkan waran tangkap gagal diserahkan kepadanya.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hafiz Mohd Yusoff memberitahu perkara itu di Mahkamah Sesyen di sini berikutan ketidakhadiran Raja Petra hari ini bagi perbicaraan kes memfitnah Datin Seri Rosmah Mansor dan dua yang lain.

Mohd Hafiz berkata notis tunjuk sebab kepada penjamin iaitu isteri Raja Petra, Mable@Marina Lee juga tidak dapat dilakukan.

Bagaimanapun Pegawai Penyiasat ACP Aziz Zakaria, yang memberi keterangan bersumpah di kandang saksi, memberitahu mahkamah bahawa pihak polis telahpun menggandakan usaha mencari Raja Petra termasuk menyediakan pegawai khas untuk memantau rumahnya di Sungai Buloh tetapi masih gagal mengesannya. - + selanjutnya

Kalau RajaGopal aku ada jumpa ..
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list