PKFZ: Tuntutan tidak munasabah sehingga RM1 bilion dikesan
PUTRAJAYA: Pasukan Bertindak Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) mengenal pasti tuntutan tidak munasabah di antara RM500 juta dan RM1 bilion oleh Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dalam projek berkenaan.
Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang, Datuk Lee Hwa Beng, pihaknya akan mengambil tindakan lanjut terhadap kemungkinan berlakunya penipuan termasuk tuntutan bayaran yang tidak munasabah, kecuaian atau salah laku.
Pada sidang akhbar bagi mengumumkan perkara itu di sini tadi, Lee berkata beliau akan membuat laporan polis di Balai Polis Klang terhadap KDSB pada jam 11 pagi esok dan mungkin akan ambil tindakan undang-undang terhadap syarikat berkenaan. - Bharian
1 comments:
52 tahun BN perintah, semua tuntutan tak munasabah termasuk harga sebatang pen.
Post a Comment