Kuliah : Kebersihan hati dan tubuh badan
Rasulullah SAW bersabda,
“ Setiap daging yang tumbuh hasil dari sumber yang haram, maka neraka adalah lebih berhak ke atasnya (daging itu)”Itu adalah sabda Rasulullah SAW mengenai sesiapa yang mengambil sesuatu yang haram dan memasukkan ke dalam tubuhnya.
Hari ini, manusia bergerak tanpa menitik beratkan perkara ini. Manusia berjalan tanpa memandang akan besarnya perkara ini. Mereka makan apa yang mereka mahu, mereka mengambil duit dari segala sumber tanpa mempunyai sensitiviti dalam perkara halal haram.
Hakikatnya, memasukkan perkara-perkara haram, seperti makanan, mahupun membeli makanan dari sumber duit yang haram, akan memberikan kesan kepada hati kita.
Rasulullah SAW bersabda, “Hati itu dibina dengan apa yang dimakan.”
Maka sumber makanan kita juga perlu dijaga kerana makanan yang bersumberkan dari sumberyang haram sedikit sebanyak akan memberikan kesan kepada hati kita. Imam As-Syafi’e Rahimullah ‘alaihi pernah berkata, “Ilmu itu adalah cahaya, dan cahaya tidak akan memasuki hati yang gelap.”
- + selanjutnya
1 comments:
Tu pasal la ramai pak menteri bertarap bangang........cakap tak serupa bikin........rembat segala punca kewangan yang dia anggap dia yang punya.........cehhhhhhhh!!!!!
Post a Comment