Rakan WARTAMAYA

Sunday, August 9, 2009

H1N1 : PM jumpa Liow esok bincang tindakan drastik

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai esok bagi membincangkan mengenai langkah lebih ketat dan drastik bagi mengawal penularan virus Influenza A (H1N1) di negara ini.

Najib berkata, beliau akan mendapatkan pandangan dan cadangan Kementerian Kesihatan dahulu sebelum tindakan selanjutnya diambil.

"Mereka (Kementerian Kesihatan) ada task force (pasukan petugas), lepas itu baru kita buat keputusan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Ampang di sini hari ini. - + selanjutnya diMstar
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list