Rakan WARTAMAYA

Sunday, June 7, 2009

Perpaduan? .... Ahhh ngarut je

Tok iskandar

Tentang kerajaan perpaduan ni tok tak risaupun pasal semalam TG Nik Aziz dah kata kerajaan perpaduan ni mengarut je.UMNO adalah telur-telur tinggalan penjajah yang menetas satu demi satu.telur-telur ini perlu dihapuskan.PAS Kelantan sudah masak dengan samseng politik macam UMNO.Ini pemahaman tok tentang apa yang TG Nik Aziz cakap semalam di muktamar PAS.Rampasan kuasa di Perak juga diulas oleh TG Nik Aziz.

Jadi jika benar nanti ada pemimpin PAS yang giat berusaha membawa PAS ke dalam kerajaan perpaduan dengan UMNO,mereka bakal mendapat tentangan hebat ahli-ahli PAS sendiri.Nasib mereka akan berkesudahan seperti Allahyarham Datuk Asri Muda yang membewa PAS menyertai kerajaan campuran BN setelah mendapat tawaran UMNO.Untuk perpaduan kononnya,helah lapuk UMNO tahun 1969.Akhirnya,Arwah mantan presiden PAS itu keluar PAS.
Itu telah menjadi sejarah dan jika ada lagi pemimpin yang bermimpi seperti itu,ahli-ahli PAS akan berdiri teguh di belakang TG Nik Aziz..insyaAllah.TG Nik Aziz semalam sempat menceritakan kepada para hadirin tentang kejahatan menteri UMNO yang melarang kakitangannya bekerjasama dengan kerajaan negeri di Kelantan.
Itulah UMNO,Dulu,kini dan mungkin selamanya akan melayan bangsanya sendiri dengan kejam dan teruk hanya kerana perbezaan politik.
Share/Bookmark

4 comments:

tok iskandar June 7, 2009 at 4:02 PM  

Inilah liciknya UMNO.Nak pecahkan 2tonggak dalam PAS iaitu profesional dan ulama agar saling bercakaran.Misi jangka pendek untuk melumpuhkan jentera pilihanraya PAS di Manek Urai.Misi janga panjang pulak nak pecah belahkan PAS dan Anwar akan dijadikan kambinghitam kerana PAS hancur disebabkan ada orang Anwar dalam PAS.Akhirnya pemimpin-pemimpin UMNO akan bertepuk tangan kerana skrip mereka untuk melumpuhkan Pakatan Rakyat tercapai apabila tercetus konflik di antara PAS dan PKR.
Sekali tengok macam plan Yahudi je.Nak menampakkan UMNO ni sebuah parti yang baik atau One Malaysian,mereka sudi menghulurkan tangan perdamaian kepada PAS dengan helah untuk perpaduan Melayu.Itupun setelah rampas Perak dan aibkan kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Nizar,MB dari PAS yang dilantik oleh rakan-rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat.
Kesemua penyokong Pakatan Rakyat perlu berhati-hati dengan muslihat licik UMNO ini

suprie08 June 7, 2009 at 4:52 PM  

siapa saja yg berangan nak buat kerajaan perpaduan dgn umno bukan saja mengarut malah merapu ,hentikanlah niat nak buat baik dgn parti celaka yg tak henti berusaha nak merampas kerajaan pakatan rakyat, hanya yg perlu difikirkan bagaimana cara nak nyahkan umno (politik dimalaysia)

serupasekala June 7, 2009 at 4:58 PM  

jika anda kenal umno - tak pelik jika perkara itu digembar gemborkan. MALAH DIA ORANG BOLEH BUAT LEBIH DARIPADA ITU.

Anonymous,  June 7, 2009 at 6:11 PM  

Rumah dah siap tapi pahat dengan hammer masih lagi berdegum degam.

Silap2 lepas ni pimpinan PAS menghadapi masalah bagaimana nak mengurus parti kerana masalah pahat dan hammer tadi.

Saya bukan berminat dengan Ust. Nasa bukan bersebabkan isu berunding PAS/Umno kerana saya kurang arif dengan isu sebenarnya.
Tapi saya lebih sangsi tentang prestasi dan keberkesanan beliau sebagai pemimpin no.2.

Walau bagaimana pun pemilihan telah dibuat dan beliau mendapat undi yang banyak meninggalkan pencabarnya. Ini bermakna mandat telah diberi. So peranan kita sekarang ialah untuk membantu beliau dan segala pimpinan yang ada untuk membawa PAS kepada yang lebih hebat.

Tetapi semua ini tidak akan berjaya sekiranya pahat dan hammer terus berbunyi. Akhirnya PAS juga yang rugi.

Berkenaan dengan berunding bersama umno, pada pandangan saya perkara ini akan terhenti selepas ini.Sekiranya ada usaha nak berunding dengan umno maka besar kemunkinan PAS akan berpecah dan mungkin hancur.

Blog list