TN : UMNO pertahan, rakan lain BN membisu
[..] Terdapat begitu banyak tulisan yang datangnya daripada mereka yang mendakwa pernah menghadiri kursus anjuran BTN. Pengalaman hampir sama. Mereka kecewa dengan syarahan diberikan yang menekankan hubungan ketuanan Melayu dan kaum pendatang.
Peserta yang membahasakan dirinya, KLeo menulis dalam portal berita sama, mengatakan dia menghadiri kursus pada sesi 2005 dan ramai peserta Melayu dan bukan Melayu ‘menyampah’ dengan tindak-tanduk para pensyarah.
Kerajaan Selangor mengambil langkah sedemikian kerana melihat kursus itu adalah satu proses indoktrinasi oleh Barisan Nasional (BN) yang ingin mewujudkan satu fenomena perkauman, memecahbelahkan komuniti, menyebabkan kebencian terhadap agama lain dan memprovokasi kebencian terhadap pembangkang.
Lazimnya, kerajaan BN boleh meneguk di air keruh apabila wujudnya suasana seperti itu dan menggembleng komuniti untuk bersatu di bawahnya dengan alasan hanya parti itulah sahaja mampu mengekang suasana dari terus menjadi lebih kronik.- + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment