Kelantan tidak boleh paksa Pusat
PASIR MAS - Kerajaan Negeri Kelantan tidak boleh memaksa Kerajaan Pusat membayar royalti minyak kerana perkara itu tiada dalam peruntukan undang-undang.
Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih hendak memberi sumbangan kepada Kerajaan Negeri Kelantan dengan apa yang dipanggil sebagai wang ihsan.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Husin berkata, perbezaan royalti dengan wang ihsan ialah, wang royalti disalurkan melalui Kerajaan Negeri dan wang ihsan pula disalurkan melalui agensi Persekutuan.
“Jumlahnya sama tetapi saluran yang berbeza kerana sebab utama beri kepada agensi kerajaan bagi memastikan ketelusan. Sekiranya diberi kepada Kerajaan Negeri, mereka akan melakukan mengikut kehendak mereka serta tidak yakin dengan ketelusan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri sama dengan ketelusan yang dibuat Kerajaan Pusat.
“Bagi orang Kelantan, apa yang mereka mahukan ialah sumbangan dan pihak yang layak menerima serta dibuat secara telus, tidak ada diskriminasi tanpa mengira parti politik contohnya dalam agihan bantuan banjir,” katanya. - + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment