Rakan WARTAMAYA

Sunday, December 27, 2009

Kehilangan enjin hasil manusia tidak takut balasan akhirat - Nik Aziz


KOTA BHARU, 27 Dis: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan akibat didikan politik Umno terhadap rakyat di negara sejak lebih 52 tahun lalu dengan ajaran 'politik suku, agama suku' menyebabkan pimpinan parti sekular itu mengenepikan aspek dosa dan pahala, syurga dan neraka dalam pemerintahannya sehingga ada yang sanggup mencuri enjin jet pejuang milik megara.

Beliau berkata, sama ada wujud dakwaan yang menggesa supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tanggungjawab atau tidak terhadap peristiwa kecurian enjin jet pejuang Malaysia itu, sememangnya Najib bertanggungjawab.

"Sama ada kita suruh dia (Najib) bertanggungjawab atau tidak, dia memang bertanggungjawab, dunia dan akhirat. Itu benda (kedudukannya).

"Saya sebagai Menteri Besar yang menjaga negeri (Kelantan) ini pun, saya bertanggungjawab (terhadap pemerintahan negeri ini), sekadar mana yang termampu, kecuali Allah swt tahu (bahawa) saya tidak mampu, itu apa boleh buat.[ lagi ]

berkaitan
Enjin F-5E-lagi desakan menteri kabinet letak jawatan
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list