Rakan WARTAMAYA

Sunday, December 27, 2009

Ambil saja kerusi PKR

[...] Kejayaan menumbangkan Datuk Awang Adek Hussain di Bachok pada pilihan raya umum lalu sudah membuktikan bahawa penyokong Pas melihat bahawa ketokohan Nasharuddin tidak harus disia-siakan.

Begitu juga Salahuddin yang diterima baik oleh pengundi-pengundi Kubang Kerian kerana beliau melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan sehingga menyukarkan UMNO Kelantan menembusi kubu kuat Pas itu. Walaupun berasal dari Johor tetapi Salahuddin tidak pernah mengabaikan tanggungjawab di Kubang Kerian, sebab itulah jika Pas Kelantan tidak lagi membenarkan beliau bertanding di situ, ia bukan sahaja akan merugikan mereka tetapi juga Pas pusat.

Mungkin juga selepas memerintah 20 tahun, Pas Kelantan berasa masanya sudah tiba untuk anak tempatan diutamakan. Sebenarnya langkah itu tidak salah tetapi mereka perlu berhati-hati bagi mengelakkan sebarang tafsiran bahawa ia ibarat perbuatan 'lepas manis sepah dibuang.'[ lagi ]

Baik punya Utusan buat backup... he he he
Share/Bookmark

3 comments:

Yong December 27, 2009 at 10:53 AM  

Wah, bukan main akhbar meloya puji TP. Cemerlang! Entah KPI ape deme guna.

Anonymous,  December 27, 2009 at 5:24 PM  

TP - translator pas.....

Anonymous,  December 27, 2009 at 5:32 PM  

sapo2 pon buleh tanding di kelate cuma kawe baik zul bakar ni sogheeeee jah!

Blog list