Rakan WARTAMAYA

Monday, November 23, 2009

Umno ke Mahkamah Rayuan esok berhubung isu kekosongan DUN Siputeh


KUALA LUMPUR: Umno akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan esok berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) hari ini yang menolak permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mendapat perintah menangguhkan keputusan mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh sebagai kosong.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, berkata Umno melalui peguamnya, Datuk Hafarizam Harun akan mengemukakan rayuan berkenaan.

"Saya baru menghubungi beliau tadi dan sama ada Mahkamah Rayuan boleh membuat keputusan itu esok atau tidak, itu adalah sesuatu yang menarik kerana apa-apa pun SPR perlu membuat keputusan (tarikh pilihan raya, tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian) Rabu ini," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini. - + selanjutnya
Share/Bookmark

3 comments:

Anonymous,  November 23, 2009 at 6:51 PM  

Kenapa UMNO bgitu penakut? UMNO ni tiada p***r ke?

Anonymous,  November 23, 2009 at 7:23 PM  

TIDAK, umno PERLU MENJAGA duit rakyat dari dibazirkan masa pilihanraya...berjuta tau kalau re-election...begitulah berjimatnya UMNO...tp aku tak percaya...

Anonymous,  November 23, 2009 at 8:32 PM  

UMNO ni tiada p***r ke? Ada.. cuma dah x power..

Blog list