Tiada tawaran RM5 juta dibuat kepada Saiful
[...] Berdasarkan tulisan dalam blog berkenaan juga dinyatakan bahawa Soh telah menggunakan sepupu Saiful sebagai 'jambatan' untuk berhubung dengan bekas pembantu Anwar itu bagi menawarkan sebanyak RM5 juta untuk menarik balik kes tersebut.
Bagaimanapun peguam yang mewakili Saiful, Zamri Idrus menafikan mengenai perkara itu.
"Tidak... tidak benar, saya beri jaminan tiada sebarang tawaran dibuat kepada Saiful.
"Perkara ini langsung tidak benar. Saiful tetap dengan pendiriannya dalam kes ini," katanya kepada mStar Online.
Menurut Zamri, beliau yakin perkara ini sengaja dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengeruhkan keadaan.
"Saya sendiri tak pasti bagaimana perkara ini boleh timbul, tapi apa yang pasti ia memang tidak benar... mungkin ia sengaja dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," tegasnya.- + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment