Rakan WARTAMAYA

Saturday, November 28, 2009

Selangor Beli Rumah PPRT Yang Dilelong Bank, Untuk Bantu Rakyat


Kerajaan Negeri Selangor akan membeli unit-unit rumah Projek Perumahan Rakyat Tempatan (PPRT) yang akan dilelong bank sekiranya hutang-hutang sewa tidak dapat dilangsaikan dalam tempoh terdekat.

Menurut Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Perihatin, Dr. Xavier Jayakumar, isu ini sedang dibincangkan oleh kerajaan negeri untuk mencari jalan membantu penghuni-penghuni PPRT di Selangor.

Xavier berkata, ini berikutan daripada gesaan bank kepada kerajaan negeri supaya bertindak menyelesaikan hal ini.

Katanya, bank akan melelong rumah-rumah tersebut sekiranya penghuni tidak dapat menjelaskan sewa dalam tempoh tertentu. Bagaimanapun, kerajaan negeri dalam usaha untuk mendapatkan jumlah tunggakan yang sebenar.- + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list