Rakan WARTAMAYA

Monday, November 23, 2009

Punca kematian Beng Hock tersingkap 9 Disember

SUNGAI BULOH - Punca kematian Setiausaha Politik Exco Kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock dijangka terjawab pada 9 Disember depan, apabila keputusan bedah siasat kedua dilakukan lima pakar patologi di Hospital Sungai Buloh (HSB) di sini, semalam.

Keputusan itu akan dibawa kepada prosiding inkues kematiannya yang didengar Koroner Azmil Muntapha Abas di Mahkamah Koroner Shah Alam, dekat sini.

Pada hari itu, inkues akan diberitahu sama ada Beng Hock dibunuh atau membunuh diri mengikut keterangan Pakar Patologi Thailand, Dr Pornthip Rojasunand sebelum ini berdasarkan foto dan bedah siasat pertama, ada kemungkinan punca kematiannya 80 peratus dibunuh.

Bedah siasat tersebut diketuai, Ketua Patologi HSB, Dr Shahidan Md Noor dengan pemantauan dan pemerhatian Dr Pornthip yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor serta lima pakar lain termasuk pakar patologi dari Britain yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dr Peter Vanezis. : - + selanjutnya
Share/Bookmark

2 comments:

Anonymous,  November 23, 2009 at 9:20 PM  

sistem keadilan di malaysia sudah tidak bebas dan adil

Anonymous,  November 23, 2009 at 9:28 PM  

sekiranya pakatan rakyat perintah malaysia, dah lama keadilan tertegak!

Blog list