Rakan WARTAMAYA

Tuesday, November 24, 2009

Pas Selangor Tak Terima Sebarang Surat Letak Jawatan: Hasan


SHAH ALAM, 24 Nov (Bernama) -- Pas Selangor tidak menerima sebarang surat peletakan jawatan daripada mana-mana pemimpin sayap parti itu seperti yang didakwa sesetengah pihak, kata Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

Beliau berkata Pas Selangor berada dalam keadaan kukuh dari peringkat bawahan sehingga peringkat kepimpinan tanpa sebarang masalah termasuk hal berkaitan pengurusan serta aktiviti yang dirancang.

"Kita tidak ada masalah, malah saya boleh katakan Pas sekarang berada dalam keadaan yang sangat kukuh berbanding sebelum ini. Semua aktiviti kita berjalan seperti biasa tanpa satupun yang tertangguh mahupun ditangguhkan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kemudahan Awam dan Lembu Korban oleh Worldwide Holdings Bhd di sini Selasa. - + selanjutnya

Sapa yang patut letak jawatan ni?
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list