Rakan WARTAMAYA

Saturday, November 28, 2009

Kit Siang desak Najib hapus BTN jika ikhlas


SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) mendesak kerajaan memansuhkan program Biro Tata Negara (BTN) sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, benar-benar mahu menjayakan gagasan 1Malaysia yang diasaskannya.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, program itu menimbulkan perasaan benci di antara kaum dan menyifatkannya sebagai halangan utama untuk mewujudkan pembangunan 1Malaysia.

Isu BTN, katanya, akan menjadi ujian kepada kepimpinan Najib dan beliau perlu mansuhkannya jika mahu membuktikan niatnya hendak mencapai perpaduan, keamanan dan negara progresif, bukan menjadikan gagasan 1Malaysia retorik semata-mata.

“BTN adalah bukti kegagalan 52 tahun pembentukan negara untuk mewujudkan titik persamaan antara kaum, agama, budaya dan kelainan bahasa di Malaysia. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list