Rakan WARTAMAYA

Tuesday, November 24, 2009

Dr Asri persoal pegawai JAIS 'kutuk' Hadi, Nik Aziz


KUALA LUMPUR, 24 Nov: Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin mempersoalkan tindakan seorang pegawai JAIS yang terlibat dalam kes beliau, yang turut mengutuk Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Pegawai terbabit yang juga AJK Pegawalan Aqidah Majlis Agama Islam Selangor dikatakan turut menyesatkan kedua-dua tok guru itu dengan tuduhan wahabi.

"Dii sini disertakan tulisan-tulisan pegawai JAIS yang terlibat dalam kes saya. Tulisan-tulisan ini dipetik dari blognya. al-Subki adalah nama penanya.

"Tulisan-tulisan menunjukkan beliau juga turut menyesatkan YAB Nik Aziz dan YB Hj Abd Hadi dengan tuduhan wahabi. 'Anak Pak Wahab' itu merujuk ke pengikut wahabi." kata Dr Asri kepada Harakahdaily.

Tinjauan Harakahdaily mendapati terdapat satu carian alsubki2.blogspot.com di bawah nama Ustaz Mahfuz Muhammad @Hj. Khalil, dipercayai AJK Pegawalan Aqidah Majlis Agama Islam Selangor terbabit.- + selanjutnya
Share/Bookmark

1 comments:

Anonymous,  November 24, 2009 at 8:49 PM  

Assalamualaikum,

Kenapa perlu kita melakukan adu domba sebegini. Inikah akhlak ilmuwan Islam. Kalau benar berlaku pun perkara yang diperkatakan, biarlah ianya antara yang menuduh, yang dituduh dan Allah. Mahukah kita diheret bersama. Tugas orang Islam yang mulia adalah mendamaikan orang orang Islam lain yang bersengketa, bukannya menambahkan kebencian dan permusuhan. Bertaubatlah

Blog list