Ahli Parlimen kesal kerajaan sembunyi laporan tanah runtuh Bukit Antarabangsa
KUALA LUMPUR, 25 Nov: Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin pagi tadi melahirkan rasa kecewa kerana Kabinet enggan menjelaskan punca sebenar kes tanah runtuh di Bukit Antarabangsa Disember tahun lalu kepada penduduk terbabit.
Beliau yang juga Ketua Wanita PKR menganggap keputusan kerajaan meletakkan Laporan Siasatan Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa sebagai Rahsia Kerajaan sebagai tindakan tidak telus.
"Kes ini melibatkan tiga kematian dan semua penduduk yang terlibat nak tahu punca sebenar kes tanah runtuh itu."
"Kerajaan 1Malaysia tidak perlulah sembunyikan punca tanah runtuh itu. Kalau kerajaan Pakatan (Rakyat) di Selangor boleh telus menjelaskan hasil siasatan negeri, kenapa kerajaan persekutuan takut," jelasnya. - + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment