Rakan WARTAMAYA

Thursday, August 20, 2009

Tak guna punya anak

Cerita ni di siarkan di Sinchewdaily,

Sepasang orang tua ni di halau dari rumah yang dulunya adalah rumah mereka.
Sekarang pasangan ni jadikan tangga sekolah sebagai tempat tinggal.

Orang tua ni nama nya LIM. Dulu dia adalah bekas seorang pengurus. Sekarang dah pencen. Ada anak pompuan dan lelaki, tinggal kat Jurong, Singapura.

Bila anak lelakinya kawin, dia berikan rumahnya kepada anaknya tu sebagai hadiah kahwin. Kononnya dia dapat duduk sekali. Kemudian anaknya tu, jual rumah tu dengan harga RM960,000 dan cadang nak beli kondominium. Lim dan isteri dihantar ke rumah anak pompuannya.

Selepas setahun, anak pompuannya plak dah tak syok duduk dengan mak bapaknya. Tak tau la sebab apa. Diorang di larang pegang cucunya. Tambah sedih lagi, nak masuk ghumah pun tak boleh sebab kunci ghumah di tukar.

Pengajarannya ... kalau ada ilmu sumpah anak jadi batu, baik belajar.
Mana tau kekadang terasa nak pakai plak ...
Share/Bookmark

5 comments:

Anonymous,  August 20, 2009 at 9:07 PM  

anak anugerah allah, ibu bapa yang mencorakkan anak, menjadi yahudi atau nasrani, fikirlah .....

Guru August 20, 2009 at 9:53 PM  

selamat menyambut ramadhan kpd tuan rumah

ada ke jampi sumpah orang jadi batu... nak gak

Yong August 21, 2009 at 5:42 AM  

Salah ibubapa jugak kerana terlalu memanjakan anak dan terlalu ikut cakap deme. Bila cikgu marah sikit dah mengamuk. Bila dapat masuk universiti terus belikan kereta. 2 orang masuk universiti 2 kereta. 3 orang 3 kereta. 6 orang? Deme tolong tambah keluaran karbon di biosphere ni. Tambah nipiskan ozone dan pemansan global. Opps Yong dah melalut kesitu lak.

Pokoknya anak2 ni reti dapat nikmat dengan mudah je. Sebab tu deme tak reti nak appreciate kesusahan orang lain. ISA pun deme nak sokong sebab deme tak pernah tau erti perjuangan. Tak fikir ade rakan2 seagama Raya tak bersama bapa kesayangan.

Rasenya ilmu sumpah orang jadi batu tu sesuai gak. Tapi Allah tak bagi. Jadi ibubapa kena didik anak dengan betoi le.

Anonymous,  August 21, 2009 at 6:51 AM  

Kalau ada sumpah jadi batu, biar lah jadi batu yang berharga.

Silap mak tanggang dulu.

Kirana,  August 21, 2009 at 6:53 AM  

Bersama lah kita berdoa agar anak kita tidak seperti yang di dalam cerita itu.

Teringat saya tentang pengalaman saya dulu. Anak seorang imam yang menderhaka.

Mungkin anak ni rezeki masing masing. Ada lah salah silapnya kita dulu.
Wallahualam.

Blog list