Rakan WARTAMAYA

Friday, August 21, 2009

Penduduk mesti kosongkan Kampung Buah Pala: Hakim

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusannya pada 24 Jun lalu bahawa penduduk Kampung Buah Pala di Pulau Pinang mesti mengosongkan rumah mereka dan menyerahkan hartanah itu kepada pemaju yang memperoleh kebenaran untuk memajukan kawasan itu.

Permohonan kedua bagi kebenaran merayu yang dikemukakan penduduk berkenaan ditolak sebulat suara dengan kos oleh Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Raus Md Raus.

Sebanyak 45 keluarga itu memohon kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 11 Mei lalu bahawa penduduk berkenaan adalah penceroboh di kawasan penempatan itu dan memerintahkan mereka mengosongkan tanah itu. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list