Rakan WARTAMAYA

Friday, August 14, 2009

Lawak: Jika benar si mati terjun, mana cap jarinya?

[...] "Mungkin ada, tapi tak nampak. Saya ada periksa tapi tak nampak. Kesan tapak kasut sukar ditemui di sekitar kawasan tingkap itu kerana tempat itu berkarpet," jelas Dr Khairul Azman, yang merupakan pakar perunding kanan perubatan forensik di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Beliau kemudian bangun dari kandang saksi dan menunjukkan gambaran bagaimana Teoh dikatakan telah terjun melalui tingkap itu.

Caranya ialah dengan mengeluarkan kaki kanan dahulu daripada pintu kandang saksi (diibaratkan sebagai tingkap), sambil kedua-dua belah tangan memegang kayu pintu kandang (sebagai bingkai tingkap), kemudian mengeluarkan kaki kiri dan berdiri di luar pintu kandang sebelum terjun ke bawah.

"Jika benar si mati terjun begitu, bukankah mesti ada kesan cap jari pada bingkai tingkap? Tapi kesan cap jari pun tiada. Ada doktor nampak kesan cap jari?" soal Gobind.

"Tiada, cap jari perlu dikesan dengan peralatan sesuai, di makmal saya tiada kemudahan itu," jelas Dr Khairul Azman.

"Tapi bukankah doktor boleh arahkan pihak polis untuk jalankan ujian pengesanan cap jari di situ?" soal Gobind lagi dan saksi itu mengakui tidak mengarahkan ujian cap jari dilakukan. - + selanjutnya
Share/Bookmark

2 comments:

Unknown August 14, 2009 at 8:21 PM  

Pakar bongok yang buat kelakar!

Yong August 14, 2009 at 8:33 PM  

Tak jumpa kesan tangan dan kaki kat tingkap sebab TBH terjun gaya atlit lompat tinggi gamaknya.

Sapa yang deme nak kelentong nih?
Buat ape lawak tentang kejadian yang tragis?

Semakin lama semakin tidak logik hasil penemuan polis nih. Siasat le betoi2. Polis dan SPRM makan gaji duit pembayar cukai. Bukan duit BN. Sebagai pembayar cukai Yong tak halal walau satu sen pun hasil keringat Yong disalahgunakan demi menyambung hayat si perasuah.

Blog list