Rakan WARTAMAYA

Friday, August 21, 2009

ISA: Semakin kuat semakin yakin


[...] “Apa salah dia, kenapa dia mesti ditahan,” saya menyoal. Ibu mula masuk campur. Berlaku sedikit pertengkaran.

Bermula dari itu, mereka berkeras. Kemudian semakin ramai anggota berbaju biru tua mengelilingi kami.

Hafiz dikasari. Ibu ke hadapan. Entah bagaimana berlaku sedikit pergelutan. Ibu tidak mahu mengalah. Mereka jadi emosi.

“Kamu menghalang tugas-tugas polis,” salah seorang bersuara dengan kasar.

Akhirnya Hafiz dan ibu ditahan. Dipaksa naik ke dalam kenderaan besar kepunyaan mereka.

Melihat dua anggota keluarga kami “disumbat” ke dalam perut kenderaan kaku itu, kami tidak berlengah. Semua sepakat untuk sama-sama ditahan.

“Apa nak jadi, biarlah kita sama-sama hadapi,” itu tekad kami.

Kami diperap di dalam kenderaan itu selama satu jam. Lama juga rasanya. Di Daya Bumi kemudian satu jam lagi di Balai Polis Dang Wangi.

Saya tidak duduk diam. Sebaliknya sempat mengambil gambar “senario indah” di dalam trak sebagai bukti pengalaman paling manis ini.

“Kuatkan pegangan dan keyakinan kami”

Saya bukan di perut pesawat terbang. Kenderaan yang saya naiki ini tiada kerusi empuk siap penyandar. Tiada hawa dingin penyejuk badan. Apa yang tersedia cuma bangku besi penggalas punggung dan pintu berjaring menghalang penumpang “terjun”. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list