Rakan WARTAMAYA

Friday, June 26, 2009

Bekas pengarah kebajikan Sabah hadapi tuduhan rasuah

KOTA KINABALU 26 Jun - Bekas Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah, Datuk Mastor Samin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan rasuah melibatkan kontrak bernilai RM10,000 yang diberikan kepada syarikat milik isterinya.

Hakim Caroline Bee Majanil kemudian menetapkan tarikh perbicaraan kes itu dari 1 Mac hingga 5 Mac tahun depan.

Beliau membebaskan tertuduh dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin tempatan. Mastor membayar wang ikat jamin itu. - Bernama
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list